Daisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, March 29, 2011

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

Baca dan hayati kisah dibawah ini .Fahami mesej yang cuba disampaikan.
Dan yang paling penting , amalkan ilmu yang anda dapat.


Adalah dikisahkan…pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
1. Bayi itu bertanya kepada Tuhan :” Para malaikat disini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan aku ke dunia, tetapi bagaimana cara hidupku disana? Aku begitu kecil dan lemah”
Tuhan menjawab :”Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

2. Bayi bertanya lagi:”Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi,bermain dan tertawa… Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia?”
Tuhan menjawab;”Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia disana.”

3. Bayi bertanya lagi;”Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang – orang bercakap dengan ku sedangkan aku tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab:”Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar.Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian.Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

4. Bayi bertanya lagi;”Apakah yang boleh aku lakukan ketika aku ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab:”Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.

5. Bayi bertanya lagi;”Aku mendengar bahawa di bumi banyak orang yang jahat.Siapa yang akan melindungi aku nanti?”
Tuhan menjawab:”Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun, mungkin jiwa dan raganya terpaksa dikorbankannya.”

6. Bayi bertanya lagi;”Tapi, aku pasti akan merasa sedih kerana tidak dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab:”Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali jua kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan senantiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab :”Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.Dialah satu – satunya harta mu yang tiada galang gantinya, di dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
• Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan.
• Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu.
• Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
• Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.

Sayangilah dan jagalah hati dan perasaan IBU kamu (malaikat diduniamu) sebelum dia hilang dari mata dan duniamu buat selama2nya.

Sekian, semoga kita mendapat sedikit sebanyak manfaat dari coretan ini.

No comments:

Post a Comment